Jumaat, 5 Ogos 2011

Resepi : Ikan bilis tempoyak


Salam semua.....hari ni nak share lagi satu resepi yang amat mudah dan simple...sesuai sangat kalau ada sesapa yang nak cari resepi yang mudah bulan2 puasa ni iaitu ikan bilis tempoyak....maklumlah..sekarang ni musim durian...sure lah banyak tempoyak kan...huhuhu...

Bahan-bahan

1. Ikan bilis yang telah dikopek
2. 1 biji bawang besar - dihiris
3. Sedikit serbuk kunyit
4. Cili api - ditumbuk
5. 2 sudu tempoyak (nak lebih pun boleh)
6. Garam, gula
7. Sedikit air
8. Daun kunyit


Cara masak

1. Goreng ikan bilis (kalau tak goreng pun boleh, dan kalau digoreng tak perlu terlalu garing/masak).
2. Campurkan bawang besar, serbuk kunyit, cili api dan tempoyak sekali dan gaulkan. Letak sedikit air.
3. Panaskan kuali dan masakkan bahan yang telah dicampurkan tadi.
4. Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Letak garam dan gula secukup rasa dan letak daun kunyit.
6. Siap untuk dimakan.

CUBALAH.....

Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :