Isnin, 18 Julai 2011

Gambar perkahwinan pengacara TV3 Nurul Syuhada





Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pengacara Majalah 3 Nurul Syuhada Nurul Ain bt Mohd Zin (27 tahun) selamat bergelar isteri kepada Raja Amir Shah b. Raja Azwa (29 tahun). Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM777 kepada pengantin perempuan berserta wang hantaran berjumlah RM20,111. Di majlis tersebut, Nurul Syuhada dipersiapkan busana kaftan Muslimah off-white beserta tudung yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Radzuan Radziwil.

Berlangsung di The Binjai On The Park, KLCC Kuala Lumpur malam Sabtu lalu, pelamin direka oleh perancang perkahwinan terkenal Khalid & Favors By Eddy yang bertemakan Morrocan. Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai, 2011 (Sabtu) bertempat di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre.

Diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-duanya.

kredit : gua.com.my


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :