Isnin, 13 Jun 2011

Usop Wilcha join Hot FM!



 Nak dengar satu cerita tak?...huhuhu.....Berita gembira buat peminat pelakon yang terkenal dengan ‘tagline’ “Kite Bakor Je..” dan “Cer Citer…”, Usop Wilcha. Difahamkan, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) ini bakal menyertai stesen radio popular, Hot FM.

Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman ini khabarnya akan mengendalikan segmen pagi, Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG bermula Khamis ini.

Wahh...mesti meriahkan konti Hot FM nanti dengan gelagat dan celoteh diaorg nih..... bertambah ramailah yang melekat kt radia lepas ni nak dengar celoteh usop wilcha ni.

Semenjak meledak namanya selepas filem HKLBR ni ramai betul producer filem, drama dan radio mengejar usop ni....hiii...murah rezeki kan.....itulah org cakap.....kalau dah rezeki tak kemana...lambat atau cepat jer...walaupun sebelum ni usop pernah merakamkan album tapi tak dikenali dan sekarang baru dikenali...

Apa2 pun saya tak sabar nak melekat dengan radio lepas ni nak dengar celoteh yang boleh boleh menghilangkan stress kt tempat kerja.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :