Rabu, 1 Jun 2011

Sukan : Paul Scholes pemain Midfield Manchester United mengumumkan persaraan.


Morning you all at lepak.

Sebelum korang gi bekfast Jay nak story story sikit la pasal berita sukan hari ni.

Kepada Fan Club Red Devil Manchester United mesti sedih dengar berita ni..Paul Scholes telah mengumumkan persaraannya semalam secara formal.





Paul Scholes dilahirkan pada 16 November 1974 dan skrang ni usia dia 36 tahun..dan dia dah bersama-sama Red Devil selama 17 tahun dah..dan beliau menghabiskan hampir seluruh carier professional nya bersama Man U.


Dah cukup matang sangat la..dah berjuta duit pound sterling dia buat dah..Jay rase pun dah cukup dah..bagi la peluang kat muka baru.

Last game international dia main pun pada 28 Mei lepas dalam UEFA Champions League menentang Barcelona di mana Manchester United kalah lagi di tangan Barca' 3-1.

Scholes dilahirkan di Salford dan kemudian berpindah ke Langley dan beliau dijangka meneraju carier sebagai jurulatih kepada kelab nya bermula dari season 2011 ini.





Selama bersama Man U beliau telah membuat penampilan sebanyak 650 kali dan merupakan ranking ke-4 terbanyak dalam mana-mana player Man u dan beliau kekal sebagai pemain Midfield sehingga bersara.


Selama carier nya..Paul Scholes menerima 90 kad kuning dan 4 kad merah dalam Premier League membuatkan beliau pemain ranking ke-3 paling banyak di "booked" dalam sejarah Premier League dan dalam Champion League pulak beliau di "booked" sebanyak 32 kali membuat kan beliau berada di ranking pertama paling banyak di layangkan kad dalam pertandingan ini.

Alex Ferguson mendahului penghargaan kepada Scholes semasa pengumumnya.

Kalau you all nak tau detail pasal Scholes..Jay kene buat topik lain nanti okay..itu pun kalau you all nak la..

So okay la ek..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :