Khamis, 2 Jun 2011

Resepi : Ayam Black Pepper


Resepi ni senang jer rupanya. Tak lah susah sangat nak masak pun. Okaylah jom kita tengok bahan2 nak masak resepi ni dan cara-cara nak masak.

Bahan-bahan

1.  Ayam dipotong kecil
2.  Satu biji bawang besar (dihiris)
3.  3 biji bawang putih (diketuk)
4.  1/2 inci halia (dihiris)
5.  Lobak merah, bunga kobis, cili hijau atau cili merah (dipotong) - nak guna semua bahan ni pon boleh, salah satu pon boleh, ikut suka koranglah kan.
6. 2 sudu besar Sos tiram
7. 3 sudu besar Sos Black Pepper
8. 1 sudu teh Serbuk lada hitam
9. Garam


Cara masak

1. Goreng ayam dulu sehingga masak tapi jangan  garing sangat
2. Tumis bawang putih dan halis sehingga wangi.
3. Masukkan bawang merah tadi dan goreng sehingga hampir layu
4. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan sos balck pepper
5. Kacau hingga wangi dan masukkan lobak merah, bunga kobis
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga rata
7. Campur sedikit air sekiranya kuah terlalu kering
8. Masukkan cili merah dan hijau
8. Letak garam secukup rasa
10. Siap untuk dimakan dengan nasi putih...ermmm..sedapnyerr.....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :