Sabtu, 25 Jun 2011

Dunia Hiburan : Sepah juara Maharaja Lawak musim 2011


Selamat petang lepak.com.my

Salam 1 Malaysia to you guys..

Sorry okay guys Jay lambat update sebab beberapa orang di bahagian pengurusan lepak bercuti di Vietnam buat coverage pasal Vietnam dan tempat menarik kat sana.

Dijangka tiba esok kalau tiada masalah.

So okay la..Jay nak cite pasal Maharaja Lawak final yang diadakan semalam di Stadium Melawati Shah Alam..bebetul sebelah Stadium Shah Alam.

So Jay pun berkesempatan pergi semalam dapat pulak invitation duduk vip seat..ha..ambik ko..seketul-seketul muka depa ni Jay nampak live depan mata..huhu..teruja la kejap.

Sempat la Jay rakamkan beberapa image di dalam perkarangan arena vip row pakai iphone 4 Jay..sorry la kalau gambar tak berapa terang sebab semua kamera dah dibawak oleh crew lepak ke Vietnam untuk coverage story kat sana.

Jay pun sebenarnya tak confirm nak pegi pun semalam sebab masa tu Jay ada hal lain tapi dah alang-alang dengar nama gempak-gempak yang akan perform so pegi jugak la.


Sampai kat Stadium pukul 6 lebih so masa tu memang crowd dah ramai kat luar stadium..yang meniaga lain..yang fan nya lain..yang selebritinya lain.

Tapi yang Jay paling suke tengok is fan-fan club semua group yang ke final ni.

Baju memacam kaler ada..pink nya..merahnya..tapi memang sports dorang ni..so ape yang Jay bole cakap is comedy entertainment kat Malaysia ni dah ada peminatnya dying nya sendiri.

Jay lepak kejap kat luar stadium minum pastu makan ayam goreng Bob kat sana.

Pukul 8.30 baru Jay masuk dalam stadium..memang la ramai gile umat manusia kat Stadium Melawati semalam.

Tak tau berapa ramai tapi ramai jugak la.



Jay dan member-member duduk selang 2 row dari Didi alias dan beberapa selebriti tanah air yang berada kat row depan.

Nampak la Fahrin Ahmad..Yasmin Hani..Sarah Raisuddin dan ramai lagi la termasuk la Abon the Legend.

Dari segi organising event ni memang la Jay bole katakan cun la tapi benda kecik-kecik memang la terfail sikit contohnya seating..masalah untuk tentukan seat pun dah ambik masa dekat sejam nak sort out..kejap yang atas turun bawah..kang suruh naik balik..so kat situ Pengurus Pentas dan crew kena ambik iktibar sikit untuk diperbetulkan kalau tak orang dari excited nak menjerit terus hilang mood sebab tension.

Make sure ada orang yang tau seating sequence dalam dewan.

Jay kat sini bukan nak ulas pasal Final semalam sebab Jay rase hampir 20 juta rakyat Malaysia tengok Final Maharaja Lawak semalam.

Tapi ape yang Jay bole ulaskan is semua peserta final kite memang handal-handal.



Empat pertarungan sengit semalam antara Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil memang sengit gile babssS..memasing memang adalah yang terbaik masa final semalam.

Contohnya..Jozan dengan style entertainer dan performer nya..dah tak jadi comedian dah tapi lebih kepada performer.

Jambu walaupun minggu ke-10, 11 dan 12 kurang menyengat tapi come back dorang untuk minggu ke-13 final ni memang la legend habis.

Sepah dengan style lawak kasar zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Dan Nabil memang Jay respect la bro..walaupun one man show tapi tetap best.

To be frank memang Jay gelak semalam sampai takde suara dah.

Semua nye Maharaja sebab semua perform semalam memang legend continue.

Jay tak terperanjat la kalau tak lama lagi Malaysia akan melahirkan ramai comedian yang tahap stand up aje which mean idea tu datang tak perlu fikir..keluar aje..

Sebaris dengan nama-nama besar seperti Russel Peter, Frank Caliando, Eddie Murphy, The Wayans Brothers, Pablo Fransisco, Seinfeld dan David Latterman.

Kalau hasil lawak Malaysia adalah seperti semalam tak mustahil ianya akan jadi kenyataan.

Cume satu je yang Jay nak mintak pada pihak pengurusan..tolong la kuatkan aircond tu..ramai manusia dalam dewan tu bang.

Dah macam sauna dah.

Patutnya you all dah bole budget dah berapa ramai manusia dalam dewan tu melalui jualan tiket termasuk la yang crew-crew dan pegawai serta peserta.

Tolong la belajar pasal Thermal heat transfer untuk tau suhu bilik sesuai dalam dewan tu.

Masa you all buat line check sebelum orang ramai masuk memang la sejuk bang tapi kalau dah penuh dewan tu haba penuh la bang.

Jay ada selitkan gambar-gambar yang Jay ambik so you all bole go through okay dan Jay ada jugak letak kan VC detik-detik di mana AC mengumumkan Juara Maharaja Lawak 2011 untuk tontonan you all.


So..papehal pun kite orang kat lepak.com.my wish agar industri seni tanah air maju.

So..okay la...

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.

Kite Layannnzzz.. - Jay the Editor





......

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :