Rabu, 1 Jun 2011

Dalam Negeri : Ustaz Harun licik tipu pelabur.


Jay sebenarnya dah mual dengar satu masalah rakyat Malaysia seperti yang ini dan takde kesudahannya.

Beberapa hari lalu memang Jay tau pasal isu ni kelaur tapi tak ambik pusing sangat pasal benda ni sebab ingatkan jalan cite dia pendek je.

Rupanya bersambung-sambung sampai kan dah melibatkan dunia "artis" pulak..huhu.

Walaupun dah memacam saranan dan jugak amaran diberikan oleh kerajaan tapi rasanya macam takde yang lekat kot.

Semua nak carik jalan pintas nak kaya..setahu Jay la takde benda yang nak buat ni datang senang.

Nak masak air pun kene blaja jugak kan..dan pepatah orang melayu kite la.."tak senang nak jadi senang dan tak susah nak jadi susah".

Dari dulu sampai la skrang ni..lepas satu kes ke satu kes orang kene tipu pasal pelaburan.

Kenapa la bengap sangat..kalau dah tak tau nak buat ape dengan duit bebanyak tu ape kata ambik cuti keje satu hari pegi la pusing semua bank yang ada dalam Malaysia ni.

Cakap dengan bank-bank tu.."dalam tangan saya sekarang ni ada 100 ribu cash money..saya nak buat investment tapi tak tau ape investement yang elok dan menjamin".

Confirm lepas tu officer dia akan tunjuk..kalau kat HSBC siap ada minum latte' lagi.

Nanti bank akan terangkan ape itu Fix Deposit dengan turn over lebih kurang 2% sebulan..ada pulak overnight interest dan memacam lagi la termasuk la Forex.

Foreign Exchange atau Forex yang korang kite slalu dengar ramai kene tipu dalam internet tu buat ape la gi ikut..kan bank pun ada buat..pegi la tanya..asik suka sangat kene tipu kenapa..??

Dah settle..duit pun selamat..profit pelaburan dapat dan kalau anything happen insurans PIDM akan cover.

Yang paling penting ianya diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia.

Ni tidak..latest news pulak tentang Ustaz harun ni rupanya ramai lagi yang kena loceng dengan Ustaz ni..

Ustaz Harun ni adalah dalam list wanted tertinggi oleh Bank Negara Malaysia..perghh..macam Osama Laden pulak kan.

Jay malas nak go thru ulas pepanjang mengenai kebodohan orang yang nak sangat cepat kaya tanpa perlu usaha.

Dulu kes pyramid la..MLM la..ntah ape lagi ntah..memacam dah keluar kat dada akhbar dan media masa tapi yang the best part is Malaysian suke kene tipu tiap-tiap tahun dan yang lagi best part is majoritinya adalah MELAYU.

Orang bijak pandai pernah bagi tau Jay..3 jenis golongan yang selalu kene tipu pasal duit ni..:

1. Golongan orang yang lemah akal fikirannya..dalam bahasa lembut dia tak pandai la.
2. Golongan orang terlampau terdesak sangat nak duit.
3. Golongan orang yang miskin.

Anyway kite wait and see la ape lagi yang bakal keluar next..kite tengok manusia yang suke dibodohkan dan terlampau taksub nak kaya.

Pepatah Melayu lama "orang malu bertanya memang confirm sesat jalan"

Dan ada lagi satu pepatah "kalau bodoh tapi bertanya confirm pandai pastu..tapi kalau yang buat-buat pandai ni memang confirm sengal sampai bebila"..yang ini Jay buat sendiri..huhu.

So okay la..harap korang ambik la iktibar terhadap ape yang berlaku ni..kalau korang ada kemusyiklan tanya je Jay pasal investment ni.

Confirm Jay tak kedekut ilmu..pegi tanya bank-bank yang ada kat Malaysia ni..dorang tau ape nak diterangkan kat you all.

Peace.


...

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :