Sabtu, 21 Mei 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Batu 14, Hulu Langat



Update: 6.30 petang
3 dilaporkan maut manakala enam orang kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dilaporkan hujan lebat ditempat kejadian.

Update:7.00malam
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Update:8.00malam
5 maut, 12 dikuatiri tertimbus.

Update:10.30malam
Sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak enam mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Setakat ini angka kematian meningkat kepada 9 orang.

Update :11.30 malam
Setakat ini 10 mangsa telah terbunuh dalam tragedi ini.


Update :1.00pagi (22 Mei 2011)
12 orang dilaporkan terbunuh dan 4 masih tertimbus dan 9 diselamatkan


Update:5.00pagi (22 Mei 2011)
16 maut manakala 9 lagi cedera, 3 daripadanya kritikal.


Salam semua....ada berita yg mengejutkan......satu tanah runtuh telah dilaporkan berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Setakat ini dilaporkan 3 kanak-kanak maut manakala 7 lagi berjaya dikeluarkan selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Kesemua mereka telah dihantar ke hospital Kajang. (sehingga 6.30ptg).

Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.
Walaubagaimanapun berita terkini melaporkan 24 terperangkap iaitu 20 pelajar dan 4 warden...

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika para pelajar sedang sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

Sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki dan difahamkan berlaku dua tanah runtuh serentak pada masa kejadian.

Apa2pun, ...semoga semuanya selamat....

Sumber gambar :Berita harian,mstar

Keadaan Rumah anak yatim yang tertimbus


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :