Selasa, 31 Mei 2011

Resepi : Ayam masak merah




Resepi kali ini ialah Ayam Masak Merah. Kalau dah agak2 boring masak tu, bolehlah cuba resepi ni ok.

Bahan-bahan

1. Ayam dipotong
2. 2 biji bawang merah, 1 biji bawang putih
3. Cili kering
4. 1 biji Bawang besar (di potong bulat)
5. 3 batang serai
6. Asam jawa atau asam keping

* kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan serai bersama-sama


Cara-cara

1. Goreng ayam sehingga masak
2. Tumis bahan-bahan yang dah dikisar tadi sehingga wangi
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa
4. Masukkan air asam jawa atau asam kering
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi supaya sebati dengan bahan yang telah ditumis tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.

Senang bukan?....Korang boleh ubah mengikut selera masing2....tak salah ubah resepi...janji sedap dan kita pun suka makan kan.....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :