Selasa, 3 Mei 2011

Going Places : Halal food @ Yana Restaurant, Bangkok





Hai...salam semua....Lama dah rasanya tak update blog ni....almaklumlah banyak kerja yang perlu diselesaikan....Okaylah kali ni nak story sikit pasal tempat makan yang best di Bangkok...Kenapa Bangkok?....Sebab saya baru saja balik dari bercuti di Bangkok....Alang2 tu nak cerita pasal makanan halal kat Bangkok ni.....

Yana Restaurant merupakan restaurant yang menyediakan makanan halal..... Dibuka pada 14 Jun 2010 dan terletak di tingkat 5 di dalam Mah Boon Khrong Mall atau lebih dikenali dengan nama MBK. MBK adalah shopping mall yang terkenal di Bangkok....



Kalau korang rindu masakan Malaysia bolehlah singgah Yana Restaurant ni sebab makanan dia pun ala2 kedai tomyam kt Malaysia ni. Sambil2 shopping kt MBK ni bolehlah singgah mengisi perut. Makanan dia pun tak lari sangat dengan makanan yg kita selalu makan kt M'sia.

Yang paling best yang saya rasa ialah tomyam...mmg terasa sangat tomyam dia...Lapar pulak bila ingatkan...hehehee.....Harga pon okay jer....Yang bestnye tu, sorang staff kt sini memang fasih berbahasa Melayu.....huhuhu...senang nak berkomunikasi...tak adalah macam itik dengan ayam bercakap....sorang ckp english..sorang ckp Thailand,.......okaylah jom tengok apa yang ada kt sini.

Okaylah guys.....kalau datang ke Bangkok tu jgn lupa ke restaurant yana ni.....



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :