Isnin, 9 Mei 2011

Anak Rita Rudaini dan Aidil



Tahniah kepada pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun yang telah menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court Jumaat lalu.
 
Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Tahniah sekali lagi......semoga membesar menjadi insan berguna.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :