Selamat malam warga lepak.com.my
Kepada fan column Sejarah Dunia ni Jay mintak maap ehh sebab rasanya Jay tak update since 12 haribulan hari tu atas sebab sebab yang Jay tak dapat elakkan tapi Insya-Allah Jay akan cube sebaik mungkin untuk update kan nye okay..
Korang tak marah kan..huhu..tu yang Jay sayang tu..
So jom kite continue okay..
Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah April 28th, 2001, Pelancong pertama yang melancong ke angkasa lepas.
Korang mesti tak pernah dengar nama Dennis Tito kan..??..huhu..
Nama mamat ni dalam lesen memandu dia is Dennis Anthony Tito dan dilahirkan pada August 08th, 1940 dan sekarang ni umur dia dekat-dekat 71.
Dilahirkan di Queens, New York berketurunan Itali dan dia adalah Jutawan dalam bidang kejuruteaan di negara Uncle Sam.
Dia takde la jutawan yang famous macam Bill Gates ke or Paul Allen ke or even Fred DeLuca tapi dia still jutawan jugak la.
Sebelum Jay cite pasal flight ke angkasa lepas dia Jay cite sikit pasal latar belakang mamat ni dulu okay..
Tito ni ada Bachelor dalam bidang sains angkasawan dan angkasa lepas dari Universiti New York pada tahun 1962 so memang line dia la ni dan bagi Jay sape yang graduate time time tahun 1960-an dulu memang blaja bebetul bukan nak perabeh duit mak bapak..huhu..tapi sebelum dia habis blaja Bachelor ni dia buat pendidikan Masters dalam bidang kejuruteraan sains di Politeknik Rensselaer dia Hartford, Connecticut.
Dia adalah bekas scientist di NASA dia bahagian makmal enjin pesawat angkasa pada tahun 1972 dan karier jutawan dia bermula bile Tito menubuhkan Wilshire Associates.
Walaupun karier hidup dia berubah dari landasan kejuruteraan penerbangan ke pengurusan pelaburan tetapi dia masih lagi berminat dalam line angkasa lepas.
So itu je yang Jay nak cite pasal latar belakang dia..
Jutawan ni terkenal satu dunia kerana menjadi pelancong pertama yang terbang ke angkasa lepas dan lepak pulak kat ISS (International Space Station) di luar orbit bumi.
Penerbangan ni berlepas pada pertengahan 2001 dan Tito berada kat luar orbit bumi selama lebih kurang 7 hari, 22 jam dan 4 minit dan mengelilingi bumi sebanyak 128 kali.
Misi penerbangan ini berlepas dengan pesawat Soyuz TM-32 pada April 28th, 2001 dan misi penerbangan ini menelan belanja 20 juta Dollar America dibiayai sepenuhnya oleh Tito sendiri
Tito mendarat dengan pesawat Soyuz TM-31 dan sejak kejayaan Tito ni ramai jutawan yang ikut jejak langkah dia bercuti di angkasa lepas dengan bayaran yang memang la tak gegila.
So okay la..
Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.
So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 28th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 28th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.
So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 28th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 28th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.
Pelancong pertama yang becuti di angkasa lepas.
Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.
ceo@poise.my
or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor
..
So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.
Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.
ceo@poise.my
or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor
..