Ahad, 10 April 2011

Sejarah Dunia 09 April : Penerbangan sulung Boeing 737-100


Afternoon lepak..

Korang tengah mengadap monitor lagi ke..??..huhu..hari sabtu la..pegi cuti la..keluar layan shopping ke..live band ke..tapi takpe..Jay dan lepak akan menemani anda hari ni okay.

Jay harap you all semua suke sajian untuk halwa mata korang yang disediakan oleh kumpulan lepak selama ni okay.

Bagi segmen Sejarah Dunia Jay nak buat sejarah pasal Kapal Terbang Boeing yang selalu korang naik dalam flight Malaysia Airlines.

Untuk column Sejarah Dunia tengahari ni..Hari ini dalam sejarah April 09th, 1967, Boeing 737-100 yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes melakukan penerbangan sulung dan mengubah sejarah pengangkutan komersial dunia.

Boeing 737-100 ni adalah design yang memula dikeluarkan dalam keluarga Boeing 737 dengan penggunaan enjin berkembar dan ia direka untuk penerbangan jarak pendek dan sederhana..so kalau orang cabin crew Malaysia cakap "narrow body" la.

Mula di visi dan dirangka pada May 11th, 1964 dan melakukan penerbangan sulung pada 1967 tetapi mula memasuki pasaran pada 1968..so ambik masa sikit la test run dia baru dapat jadi komersial.

Luftansa Air merupakan company pertama yang memesan sebanyak 22 buah unit bernilai 67 juta Dollar pada February 19, 1965.

Kapal jenis Boeing merupakan kapal komersial yang paling banyak diorder di seluruh dunia dan selepas 737-100 muncul memacam lagi dan untuk penerbangan jarak dekat oleh Malaysia Airlines, negara kite banyak pakai 737-700.

Spesifikasi 737-100


Masa memula aircraft ni dibina bersebelahan dengan Boeing Field sebab kilang depa kat Renton tengah pack buat jenis 707 dan 727 dan selepas pembinaan jenis yang ke 271 baru la dorang pindah kan segala operasi kat kilang Renton.

Batch Pertama (6 buah unit) siap dibina pada December 1966 dan penerbangan sulungnya di pandu oleh juruterbang ujian Brien Wygle dan Lew Wallick.

Masa memula 1,300 jam ujian penerbangan, dorang dapati ada masalah sikit pada design speed dia..so dorang buat balik modification dan pada December 15th 1967 Federal Aviation Administration meluluskan 737-100 sah digunakan untuk penerbangan komersial dengan sijil sah Certificate A16WE dikeluarkan.


Saingan kuat boeing 737-100 ni ialah BAC 1-11, Douglas dan Fokker F28 so disebabkan tak nak terlambat dalam market, family Boeing terpaksa menggunakan kembalik 60% dari design kapal sebelumnya iaitu 727 dan kalau you all minat aircraft mesti perasan design rangka badan 727 dengan 737 lebih kurang sama..lebih kurang macam Proton Wira dengan "Evo Mitsubishi" la..yang orang cakap design Malaysia tu.

Berikut adalah senarai keluarga Boeing, unit pesanan dan penerbangan sulung untuk setiap jenis 737.


Untuk penerbangan jarak jauh ataupun orang kapal panggil "wide body" keluar negara, bagi keluarga Boeing negara kite banyak pakai jenis 747-400 berkapasiti 4 enjin..so yang ini dah topik lain okay..huhu..kang jay melalut pulak kang.


Air Force One untuk penerbangan President pun pakai keluarga Boeing jenis 747-400.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh April 09th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada April 09th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.
Penerbangan sulung Boeing 737-100.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :