Ahad, 17 April 2011

Going places : Restoran Sup Kampung Prima Saujana, Kajang.


Selamat malam guyss and GurllsS at lepak.com.my

Korang semua pe kabar..??..korang dah makan ke..??..esok dah start keje kan..arghhhh..huhu..macam malas nak gi keje..

Jay baru je pas gi makan malam tadi..ada kawan pulak invite makan kat sana and buat review untuk restoran ni.

Memandangkan Jay ni dari Cheras so normally Jay suke ke Kajang dan juga ke Bangi sebab kat area ni memang la terlampaunya banyak kedai makan..huhu..bak kata orang dulu kat Jay la..orang Africa ramai mati kebuluran tapi orang kat negara ni ramai mati sebab kekenyangan..walaupun catchy ayat tu tapi ada benarnya.

Untuk slot Going Places Jalan Carik Makan Jay nak kongsi tempat makan yang Jay bole bagi 3 bintang dari 5 bintang.

Restoran ni adalah restoran Kelantan style tapi bezanya tempat ni ada menyediakan sup tulang, sup ekor dan memacam sup lagi.

Ape yang Jay ulas ni adalah pandangan professional Jay sahaja tanpa pengaruh memana pihak dan mungkin berbeza pendapat dari orang lain.

Okay..Restoran Sup Kampung ni bebetul mengadap Giant Kajang berdekatan dengan Kopitiam Borak so korang kalau nak pegi memang tak bole sesat la sebab cume ada satu je Giant besar kat Kajang ni.

Lokasi tempat ni memang tak susah dan memang la terlampau senang nak carik.

Kalau you all jumpa je Tesco dan Giant Kajang maknanya memang korang dah panas la..dan lokasi area ni bernama Prima Saujana dalam area Saujana Impian Kajang.

Ambiance tempat ni macam Restoran commercial lot biasa je dan takde yang fancy sangat..dan disebabkan restoran ni berdepan dengan Giant so traffic dia agak la busy sikit dan pelanggan dia memang la pack..kekadang kene tunggu table.

Jay tak suke duduk kat belah dalam sebab kat dalam panas dan kalau datang make sure bawak baju spare..kalau idak melekat bau aroma masakan kat baju kalau duduk kat dalam.

Jay macam biasa la mesti nak pekena Nasik Goreng Belacan la dulu sebagai pembuka meja dan kata kunci sebab macam Jay pernah cakap dulu ada orang cakap kat Jay dulu kalau nak tau kedai tu masak sedap ke idak kena cube nasik goreng belacan sebab kalau chef restoran tu pandai guna kombinasi belacan maknanya masakan lain tak jadi masalah.


So lepas dah kena tu Jay request pulak sup daging campo tetel sebab sup adalah core dishes restoran ni so kalau tak pekena sup kat sini memang tak sah.

Dan ternyata memang tak mengecewakan..macam sup kat Masjid Jamek Kajang masa semayang Jumaat..memang sayup je tido kang..huhu..bole bawak mimpi la Jay cakap.

Jay cakap terus terang memang dah lama tak kena sup macam ni..dan cukup ingredient dia termasuk la aji no moto dia..huhu.


Pastu belasah pulak Ayam Lada Kering dengan nasik putih.

Memang sodap bak kata orang nogori..huhu..anyway memang tak rugi Jay menyiggah memalam ni.

Yang lain lebih kurang aje cume restoran ni ada masakan special or trademark dishes depa sendiri lebih kepada sup.

Harga pun lebih kurang plus minus macam restoran masakan kelantan yang lain so by any means affordable dan dalam range mampu beli sampai kenyang..huhu.

Cume bagi Jay presentation atas pinggan aje yang agak kureng menarik sikit..lain semua okay.

Selepas dah di combine kan semua including ambiance, masakan, keselesaan, lokasi, presentation dan kebersihan Jay bagi 3 bintang.

Kepada yang tak suke pedas you all bole request tak nak pedas sebab restoran ni bukan macam restoran yang makanan dah set dalam package so bole di alter kan.

Jay recommend tempat ni kalau you all terasa nak pegi try makan sup bermacam jenis yang memang terasa dan kalau korang kurang info pasal tempat ni just email kat Jay detail yang diperlukan dan Jay akan reply okay.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat Jay rakamkan untuk tatapan..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan Jay tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala dah nampak nasik..

Tapi ape yang Jay bole cakap is try tak rugi sebab sedap & tapi ada beberapa sikit kekurangan yang bole tutup mata.

So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan

Okay la..

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.


or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-778 7785

Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
 
Selamat menjamu..- Jay the Editor


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :