Isnin, 11 April 2011

Cara mengenal telur tiruan

Sana sini orang cakap pasal telur tiruan yang datang dari China yang dilaporkan dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Telur ayam tiruan itu dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap. Rupanya di China memang di ajar macammana nak buat telur tiruan ni..Apa lah.....makanan pon nak buat tiruan........

Kt bawah ni ada contoh antara telur tiruan dan asli. Sekali pandang nampak macam sama jer..tapi cuba perhatikan betul2. So lepas ni nak makan telur hati2 lah yer...atau beli telur kampung jer...sure telur kampung naik harga jan...huhuhu


Fakta telur tiruan


1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


 Korang nak tengok video macammana nak buat telur tiruan ni di China?...Jom kita layan kejap video ni.


Nota : Boleh juga check di consumerist cara-cara nak buat telur tiruan di China.


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :