Sabtu, 2 April 2011

Berita Terkini : Malek Noor kembali stabil.


Ipoh - Bekas juara bina badan Mr Asia 6 kali, Datuk Malek Noor yang dilaporkan sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin kini kembali sedar dan beransur stabil selepas menjalani rawatan susulan untuk jantung beliau.

Sejurus sedar tengahari semalam pukul 12.15pm, beliau tidak henti-henti menangis dan terharu apabila mendapati beliau dikelilingi beberapa orang adik-beradiknya datang untuk melawat beliau dari Johor sejak malam kerlmarin.

Menurut adik bongsu Malek, abang ketiganya, "sebaik tersedar, beliau tak banyak bercakap tetapi menangis tak henti-henti". Katanya, "dia terharu melihat kami adik beradik datang menziarahnya".

Walaupun beliau masih dalam keadaan lemah, beliau masih sempat meluangkan masa berbual sebentar bersama ahli keluarga yang datang melawat.


Kelmarin Malek dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung.

Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Pakar perubatan jantung Hospital Pantai Ipoh, Doctor Chan Chong Guan berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan punca serangan jantung malek adalah kerana dua (2) saluran jantungnya tersumbat.

:"Tahap kesihatan Malek masih lagi dipantau rapi dan jika kesihatan beliau semakin stabil, dia akan dipindahkan ke wad biasa dua atau tiga hari lagi", katanya.

Kami di lepak berdoa agar Datuk Malek Noor kembali sihat.


Jika ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :