Rabu, 9 Mac 2011

Sejarah Dunia : Perkahwinan pertama Napoleon Bonparte.

Napoleon Bonaparte




Assalamualaikum warga XS..

Untuk pengetahuan you all semua Jay akan tambah 2 slot lagi sebab rata-rata yang masuk kat dalam site ni suke membaca so Jay akan tambah :

1. Slot Sejarah Dunia yang akan berkisar tentang ape yang berlaku dalam dunia secara ringkas yang boleh dan dalam format simple text so that korang tak bosan nak baca sebab tak berat nak paham dan menarik.

2. Slot Science yang akan berkisar tentang dunia sains secara ringkas jugak so that at least dapat la ilmu menarik sikit kan..takde la hiburan aje hari hari..huhu.

Untuk slot Sejarah Dunia kali ni Jay nak cite tentang tarikh yang berlaku pada 09 Mac 1796..sebab hari ni 09 Mac.

Hari ni dalam sejarah dunia Napoleon Bonaparte melangsungkan perkahwinan pertamanya semasa berumur 26 tahun dengan seorang janda bernama Jos├ęphine de Beauharnais..panggil josephine je la.

Nama orang perancis ni banyak sangat kome kat atas huruf e dengan o ni susah nak sebut.

Korang semua mesti kenal Napoleon kan..??..tolong la jangan cakap tak kenal mamat ni.
.
Kepada yang tak berapa ingat sape mamat ni..dia ni adalah ketua tentera dan juga ketua politik di Perancis dan kemudiannya menjadi pemerintah Perancis dengan gelaran Napoleon the first yang telah membentuk sejarah peradaban dunia terutamanya di Eropah dan juga Perancis pada abad ke 19.

Tapi Jay bukan nak cite pasal sejarah dia..tapi sejarah yang berlaku pada tarikh 09 Mac ni.

Sambungan cite kawin mamat ni tadi,..bini dia ni ada affair cinta sulit la kat luar masa dalam tempoh berumah tangga dengan seorang leftenan kuda Hussar bernama Hippolyte Charles semasa kempen perang Napoleon kat Itali dan mamat ni pun dapat tau cite sepenuhnya semasa dia kat Egypt so dia pun utus la surat kat abang dia si Joseph berkenaan perkara ni tapi surat tu berjaya berada di tangan orang British pulak.

Surat ni pun dicetak la kat surat khabar kat London & Paris so satu dunia dah tau & malu jugak la dia ni tapi yang bestnya pun dia ni pun ada pulak affair sulit masa kat kempen Egypt lepas dia dapat tau la pasal bini dia.

Nama perempuan simpanan dia Pauline Bellisle Foures, dan hubungan sulit dorang ni dapat pulak anak.

Masa dengan isteri sah dia, memang takde anak sebab bini dia tak bole mengandung..tapi sebab musababnya tak di ketahui..ye la masa tu mana la ada doktor gyne pakar macam skrang ni.

Di sebabkan Josephine tak bole mengandung, Napoleon ceraikan bini dia supaya dia dapat kawin baru dan nak buat zuriat yang sah untuk takhta dia.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua terhibur baca fakta sejarah dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :