Sabtu, 26 Mac 2011

Sejarah Dunia 26 Mac : Kelahiran Super Diva Singer; Diana Ross


HallooO guys..

So..you all dah lunch ke..??

Jay baru lunch tadi kat hailam kopitiam..pekene asam laksa sikit..

Sorry guys Jay tak sempat update beberapa tarikh since 19 sampai 25hb lepas sebab Jay outstation ke luar negara ada urusan keje sikit..


So untuk meneruskan ape yang sepatutnya..Jay nak buat write up mana yang sempat okay guys..jangan marah ekk..muahhhhhhhhh...sayang you all.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah March 26th, 1944, lahirlah seorang wanita yang bagi Jay bole dikategorikan sebagai Super Diva dalam industri nyanyian dunia iaitu Diana Ross (umur 67).


Mungkin kepada bebudak yang lahir pada zaman dunia cyber ni tak ramai yang kenal siapa penyanyi ni..sebab zaman ni penuh dengan lagu-lagu dari genre House, Trance, Modern Hip Hop & New Age music..tapi semua asal genre ni bermula dengan legend-legend seperti minah ni..sebab it is still black music yang dimainkan oleh orang kulit hitam contohnya seperti Jazz dan R&B.


Nama-nama diva dalam dunia nyanyian seperti Whitney Houston, Diana Ross & Celine Dion adalah sebahagian daripada ratusan diva yang telah mewarnai dan mencorak dunia hiburan dengan identiti & aliran masing-masing dan peminat mereka masih kekal hingga ke hari ini.


Diana Ross dilahirkan Diana Ernestine Earle Ross pada March 26th, di Detroit Michigan Amerika Syarikat.


Bapa beliau ialah Fred Ross Senior seorang bekas tentera yang pernah berkhidmat dalam perang dunia kedua dan ibunya Ernestine seorang guru.


Menurut kata Diana Ross..nama sebenar yang diberikan oleh keluarganya ialah Diane tetapi terdapat typo error yang dibuat oleh kerani bertugas pendaftaran nama terletak pulak huruf "a" kat hujung tu jadi la Diana.


Karier Diana Ross bermula pada tahun 60-an lagi apabile menjadi penyanyi utama atau lead singer dalam kumpulan The Supremes dengan lagu hit dorang "You can't hurry love" dan beliau meniggalkan kumpulan ni pada tahun 1970-an untuk meneruskan karier solo beliau.

Maybe you all pernah dengar lagu kumpulan The Supremes ni cume tak perasan sape yang nyanyi..so kat bawah ni Jay ada letak VC lagu ni so you all bole dengar lagu depa okay.

Nasib menyebelahi Diana apebila kerier beliau dalam dunia nyanyian dan lakonan telah meletup-letup sehh..sampai kan minah ni adalah salah sorang artis time tu yang ada dua (2) bintang kat Hollywood Walk of Fame dan dia ni di berikan gelaran "Entertainer of the Century" oleh majalah Billboard.

Guiness Book of World Records juga menyenaraikan beliau jugak sebagai penyanyi wanita paling berjaya di United Kingdom dan United States.

Sepanjang karier Diana Ross..record beliau berjaya terjual sebanyak 100 juta seluruh dunia.

Masa dulu mana ada download-download ni so kalau nak dengar lagu kene beli kaset..huhu..ingat lagi time tu punye la susah nak carik lagu siap kene mintak kat cousin yang blaja kat overseas baru la dapat dengar.

Sehingga la sekarang..Super Diva ni masih active dalam dunia hiburan.

Jay dah letak sekali VC Diana Ross dengan lagu hit Diana Ross semasa dalam dunia solo dan juga semasa dalam kumpulan The Supremes so Jay harap you all enjoy okay dengar diva legend ni nyanyi.

So ini la secera ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh March 26th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada March 26th tapi Jay pilih yang ini okay guys.

Lahirnya seorang Super Diva dalam industri nyanyian; Diana Ross.

Okay la..

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat manfaat membaca fakta Sejarah Dunia ni okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :