Khamis, 10 Mac 2011

Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides the movie




Morning XS..kepada yang bukak review Pirates ni pagi tadi sorry ye Jay tak sempat nak buat write up sebab dah ngantuk sangat malam tadi.

Dah tesengguk-sengguk dah depan screen ni so Jay sambung balik dengan write up nya pagi ni ok.

Kepada fan Pirates of The Caribbean, you all in luck sebab movie ke-4 nya dijangka release tak lama lagi & title yang ke-empat ni On Stranger Tides.

Memang Disney Movie dah berjaya buat cite ni jadi antara franchise Box Office paling berjaya dalam millenium ni.

Kepada yang suke baca novel..cite ni lebih kurang sama macam novel On Stranger Tides yang pernah dicalonkan untuk World Fantasy Award for Best Novel dan hasil tulisan Tim Powers.

Cite dia lebih kurang macam novel tu dan memang diinspirasikan dari novel tu..ada Fountain of Youth, ada Black Beard dan macam-macam lagi la cume Jerry Bruckheimer (Director cite Transformers, CSI) telah menjadikan cite ni bukan sekadar fantasi tapi dah jadi macam real life story dengan Zombie Kampung Pisangnya..huhu..dengan ikan duyungnya dan mesti korang leka nanti tengok cite ni.

Semua watak cite PTC (Pirates of The Carribean, sebab letih nak tulis panjang sangat) sama je dari first sampai la sekarang contohnya Captain Barbossa lakonan Geoffrey Rush dan Captain Teague, ayah kepada Captain Jack Sparrow lakonan Keith Richards guitarist Rolling Stone..
Cume ada tambahan watak Captain Black Beard yang dipegang oleh Ian Mcshane..mamat ni dalam silver screen tak la berapa famous cume dalam animated screen suara dia banyak digunakan contohnya dalam cite Kung-Fu Panda suara Tai Lung rimau yang jahat tu dan Captain Hook dalam cite Shrek.

Watak baru lagi satu ialah watak Angelica iaitu anak kepada BlackBeard dan juga love interest terbaru Captain Jack Sparrow yang dipegang oleh Penelope Cruz..minah latin hot ni yang pernah berlakon dalam cite Vanilla Sky.

Blackbeard ni kalau dalam history memang dia lanun jahat nak mampos yang wujud dan bukan mitos kat area West indies pada kurun ke 18 tapi dalam cite ni dia jadi lanun yang tak berapa nak jahat la sebab sebelah dia ada Jack Sparrow.

Cite ni pasal dorang ni semua carik the fountain of youth..ala..kolam yang slalu dalam movie omputih ni pasal air yang kalau dorang minum bole kekal remaja tak mati-mati contohnya macam dalam cite Indiana Jones pun ade gak carik kolam ni.

Cube la carik pulak kolam air panas kat Langkawi ke..huhu.

Anyway dalam perjalanan nak carik ni macam-macam halangan dorang kena tempuh..standard la tu kalau takde benda nak tempuh tak pulak jadi cite..dah director suruh.

Filem ni dijangka ditayangkan dia pawagam dunia pada May 20th 2011 dan dijangka ditayangkan di pawagam tanah air pada May 19th 2011.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Selamat berwayang and muahhhh - Jay the Editor


..
















lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :