Ahad, 13 Mac 2011

Kung Fu Panda 2 : The Kaboom of Doom the movie



Good morning guys..morning la pulak kan..dah dekat pukul 1.00 pagi dah..huhu..

Jay tak tido lagi sebab tengah nak update berita terkini di Jepun dan ada beberapa write up Jay tengah buat as we speak ni.

So..macam yang Jay cakap dulu tahun ni aje ade banyak gile movie yang bakal keluar yang diadaptasikan dari animasi atau pun novel dan dari Dream Works animation yang terkenal dengan anime 3D ni bakal keluar pulak Kung Fu Panda yang ke-2.

Ini adalah sequel sambungan dari movie yang pertama yang mula di releasekan pada tahun 2008 dulu dan Panda tu dah jadi Dragon Warrior Master and skrang ni kire kan dia General la dalam shaolin temple ni.

Untuk movie yang kedua ni si panda ni tetap sama..asyik nak mengunyah aje la and perut memang asik berbunyik aje..tak tau la nak sumbat ape lagi.

Kebanyakkan cast adalah yang sama dalam movie yang pertama so you all tak janggal jungle sangat bile dengar suara dorang.

Kali ini watak antagonist nya adalah seekor burung merak bernama Lord Shen (menggunakan suara Gary Oldman yang pernah jadi Sirius Black dalam Harry Potter dan Commissioner Gordon dalam Batman)  dan binat ni nak hapuskan Kung Fu di muka bumi kampung Valley of Peace dan China dengan senjata berkuasa.

So skrang beban ni terletak kepada Po the Dragon Warrior dan juga The Furious Five untuk menyelamatkan China.

Tujuan semua superhero atau adiwira ni same je lebih kurang..mesti nak kene lawan musuh jahat..cume bagaimana director tu mengolah cite tu yang buat dia menarik.

Bagi Jay Kung Fu Panda pertama memang best sebab sarat dengan comedy..even suara orang yang bawak watak Po si Panda tu iaitu Jack Black kalau Jay dengar pun dah nak gelak dah..sebab terbayangkan dia berlakon.

Kalau dulu masa first movie dia baru nak blaja jadi warrior..tapi kali ni dia lebih kurang yang lead la sebab The Furious Five pun dah panggil dia Master.

Citer ni bagi Jay tak berat dan penuh dengan comedy serta ringan sebab bukan cite serius so sesuai untuk tontonan the whole family.

Jay tau ramai fan cite ni sebab kalau tengok cite ni walaupun kekadangan banyak nak complain sampai tak jadi nak complain sebab kepala relax bile tengok..selagi orang yang menontonnya tak masuk kan logik dalam movie ni.

Jom kite gi tengok reramai..mesti havoc dan savoc pawagam tu..huhu.

Filem ni dijangka ditayangkan di pawagam dunia pada May 26th 2011 dan dijangka ditayangkan di pawagam tanah air pada May 26th 2011.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Selamat berwayang and muahhhh - Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :