Selasa, 15 Mac 2011

Berita Mutakhir : Angka kematian rasmi gempa bumi di Jepun melebihi 2,400 orang di Japan



Kalau sebelum ini, kami di Xs melaporkan kira-kira 1000 orang dilaporkan terkorban ekoran malapetaka gempa bumi dan tsunami di Japan, kini angka kematian rasmi yang diberikan oleh pihak berkuasa Jepun akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun setakat pagi ini mencecah 2,400 orang dan meningkat secara signifikan dan boleh mencecah puluhan ribu.


Agensi Polis Kebangsaan negara itu berkata, 2,414 orang disahkan maut dan 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.
Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang. - AFP

Menurut sumber United States Geology Survey (USGS) beberapa gegeran susulan berlaku selepas gegaran pertama yang berkuatan 9 pada skala Richter dan tenaga yang dilepaskan lebih kurang kekuatan 9.32 Teratons tenaga TNT ataupun dengan bahasa mudahnya lebih kurang 600 juta kali ganda lebih dari letupan Hiroshima .

TNT tu chemical compound di dalam pembuatan bom..yang itu you all kene baca dalam buku kimia.


Lebih 500 gegaran susulan selepas gegeran pertama berskala kecil lebih kurang 4.5 magnitude dilaporkan.

Menurut Pengarah USGS, Marcia McNutt dalam temuramahnya, jika kite mampu mengalihkan tenaga (permukaan bumi) yang dilepaskan dan menggunakannya, ia mampu menjana tenaga kepada seluruh bandar sebesar Bandar los Angeles selama setahun.

Kami di Xs akan melaporkan yang terkini setiap hari kepada anda.




..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :