Sabtu, 19 Februari 2011

Resepi : Ayam goreng kunyit


Kalau anda buntu tak tau nak masak apa hari ni, di sini saya nak share resepi yang paling simple yang anda boleh buat untuk hidangan. Resepi tu ialah Ayam Goreng Kunyit. Cara masak simple aje.

Bahan-bahan:

1. Ayam (dipotong kecil, terpulang pada anda)
2. Bawang besar sebiji (jumlah ikut pada anda, kalau nak lebih pon boleh) - dihiris
3. Bawang putih -dihiris
4. Cili apa dipotong-potong
5. Minyak masak (bahan wajib :))

Bawang besar, putih dan cili yang telah dihiris dan potong
Ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam


Cara masak

1. Goreng ayam terlebih dahulu


2. Tumiskan bahan yang telah disediakan tadi. Masukkan garam secukup rasa dan kalau nak sedap lagi tambahkan kiub ayam.

3. Setelah naik bau bahan yang ditumis tadi, gaulkan bersama-sama ayam yang telah digoreng tadi dan siap untuk dihidang.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :