Ahad, 27 Februari 2011

Resepi : Ayam Golek

Resepi ni saya ambil daripada mak saya. Biasanya mak saya gunakan resepi ni untuk hidangan makanan beradap untuk sesuatu majlis perkahwinan. Kalau masak untuk seisi keluarga juga sedap untuk dimakan. Jom tengok bahan-bahan dia.


Bahan-bahan

1. Ayam

2. Cili kering (dikisar)

3. Bawang putih, bawang merah dan halia (dihiris dan separuh lagi dikisar bersama-sama cili kering)

4. Rempah kari dicampurkan dengan cili kering yang telah dikisar

5. Santan kelapa (boleh guna digantikan dengan susu cair)

6. Daun kunyit (dipotong)


Cara masak

1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris tadi sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kering yang telah dicampurkan dengan rempah kari tadi (sehingga masak)

3. Masukkan santan dan ayam (sehingga masak)

4. Bila dah masak masukkan daun kunyit

5. Biarkan kuah kering sedikit dan angkat untuk dihidangkan



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :