Sabtu, 19 Februari 2011

Pelan MRT dipamer tiga bulan di tujuh lokasi


Sepertimana yang kita semua dah tahu, perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang akan dapat dinikmati oleh warga kota, terutama mereka yang tinggal di kawasan dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur (Greater KL), dan akan berpeluang mendapat gambaran tentang projek Aliran Transit Massa (MRT) sejauh 51km melalui pameran yang diadakan untuk kepada orang ramai selama tiga bulan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata pameran itu akan membentangkan kepada orang ramai maklumat terperinci tentang jajaran landasan Sungai Buloh-Kajang, rancangan pengambilan tanah, maklumat tentang pembinaannya dan ciri-ciri yang akan terdapat pada stesen yang akan dibina.

Antara lokasi yang terlibat bagi sesi pameran ialah di premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang serta Stesen LRT Bangsar dan pejabat SPAD di Menara Dayabumi. Pameran bermula jam 10 pagi hingga 9 malam dan orang ramai boleh melihat lebih dekat lokasi laluan MRT menerusi imej satelit yang dipaparkan. Orang ramai juga boleh melayari menerusi talian bebas tol 1800-82-6868 atau laman sesawang feedback@kvmrt.com.my.



Untuk keterangan lanjut
http://kvmrt.com.my
http://media.kvmrt.com/pdm/Alignment_Map.pdf

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :