Memaparkan catatan dengan label Tips dan Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Petua. Papar semua catatan

Selasa, 3 Oktober 2017

Tips : 5 Waktu Terbaik Untuk Post di Facebook


Facebook adalah satu medium untuk kita mempromosikan perniagaan kita. Kebanyakan daripada kita menggunakan Facebook samaada menggunakan Personal Facebook ataupun Fanpage. Bagi memastikan iklan yang kita post dalam facebook itu berkesan, kita perlu tahu waktu yang terbaik untuk kita post iklan ataupun apa sahaja info di Facebook. Masa yang tidak sesuai post di Facebook akan menyebabkan kerugian.

Berikut adalah 5 waktu terbaik untuk post di Facebook:

7 am-10 am
Post yang panjang dan bermanfaat. Elakkan aura yang negatif pada waktu pagi. Mulakan pagi dengan perkara yang positif sebab hari yang baik bermula dari pagi yang baik. Boleh mulakan dengan post yang berbentuk motivasi dan kata nasihat.

12.30 pm - 2 pm
Audiens nak keluar lunch jadi hanya perlu post yang pendek-pendek sahaja. Audiens tak sempat nak baca post yang panjang pada waktu ini kerana mengejar masa untuk lunch.

5.30 pm - 7 pm
Bagi audiens di bandar, waktu ini adalah waktu paling stress sebab jammed semasa balik dari kerja. Post yang menghiburkan sahaja.


9.30 pm - 12 am
Ini adalah masa yang terbaik untuk anda post berkaitan iklan atau apa-apa sahaja info yang nak disampaikan sebab waktu ini audiens lebih relax di rumah di samping berehat bersama keluarga.

12 am - 7 am
Waktu ini ramai yang dah tidur

Semoga tips yang diberikan ini memberi manfaat dan membantu mempromosikan perniagaan.


Selasa, 10 Mei 2016

Tips Elakkan Membazir di Bulan Ramadhan

pasar ramadhan, tips jimat, bulan puasa

Bulan ramadhan tak sampai lagi sebulan untuk kita sambut. So rasanya masing-masing dah berkira-kira nak berbuka kat mana kan? Apa dalam fikiran korang sekarang? Nak berbuka di mana? Rumah atau di luar?

Bila bercakap tentang berbuka puasa ni, rasanya lagi banyak pembaziran makanan daripada bukan bulan puasa. Setuju tak? Sepatutnya bulan puasa ni kita boleh jimat sebab tak perlu nak breakfast dan lunch. Tapi terbalik pulak. Sebabnya? Kita terlalu ikutkan nafsu lapar masa bulan puasa. Belum lagi masa kita pergi pasar ramadhan. Macam-macam makanan ada, macam-macam bau ada. Memang tergugat iman.

Kat sini pakngah nak share sikit tips untuk korang elakkan membazir di bulan ramadhan. Antara tipsnya ialah:
  1. Jangan pergi pasar ramadhan. Hahahahha..Rasa macam zalim pulak kan. Okaylah, janganlah pergi hari2. Dalam seminggu sekali tu okaylah kan. Sehari biasanya mesti lebih dari RM20 kita belanjakan. Itu sehari. Kalau hari2 korang pergi dah berapa kan. Belum kira makanan yang dibeli tu tak dimakan sebab dah kenyang.
  2. Target nak beli apa kalau pergi pasar ramadhan. Contohnya, nak beli ayam percik jer. Lain-lain jangan tengok. Nak lagi best korang bawak duit cukup2 jer.
  3. Masak sendiri kat rumah. Biasanya kalau keluarga kita ni besar eloklah masak je kat rumah. Jimat dan dijamin sedap. Nak berbuka di luar tak salah. Sekali sekala tu oklah kalau nak tukar selera. Maklumlah, bulan puasa ni selera lain macam sikit. Semua nak makan. Hehhehehe...
  4. Tahan nafsu makan. Masa kita puasa ni lah macam-macam benda kita nak makan. Ada je makanan yang kita terbayang. Tapi percayalah, masa korang berbuka puasa tu, dengan air segelas (kadang-kadang bergelas sebab dahaga sangat2) dan makan sepinggan nasi dah buat korang kenyang sebenarnya. So makanan yang kita beli banyak-banyak tu confirm membazir macam tu je bila tak di makan.
  5. Pilih tempat makan yang sesuai. Masa bulan puasa ni semua restoren, kedai makan dan hotel berlumba-lumba offer pakej berbuka puasa. Pilihlah yang sesuai dengan selera kita. Janganlah bayar mahal2 tapi jumlah yang kita makan tu tak berbaloi.
Ada lagi yang korang rasa sesuai. Kalau ada cuba komen kat ruangan komen tu. Ada HADIAH menanti korang. Jangan lupa letak email untuk kami hubungi nanti yer. Tapi rahsia apa hadiah tu. Heheheheh.....

Khamis, 5 Mei 2016

Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

tips lulus kerja kerajaan

Mungkin ada antara kita sedar yang ekonomi agak meleset. Serba serbi mahal. Beli sikit je tapi harga mencecah RM200-RM300. Ramai juga yang dah diberhentikan kerja. Banyak company2 besar memberhentikan kerja sebahagian pekerja mereka secara besar-besaran. Contohnya MAS dan lain-lain.


Bagaimana pula dengan pekerja di jabatan kerajaan? Buat masa sekarang ini kakitangan di jabatan kerajaan agak bernasib baik kerana tidak diberhentikan kerja akibat ekonomi yang meleset ini. Agensi kerajaan masih lagi membuat pengambilan kakitangan walaupun tidaklah sebanyak dan sekerap dulu lagi.

Kenapa kerja kerajaan selalu menjadi pilihan?
  1. Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  2. Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri pasangan dan anak-anak
  3. Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  4. Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah 
  5. Kemudaha n cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  6. Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  7. Peluang melanjutkan pelajaran sehingga Doktor Falsafah (PhD)
  8. Pemberian Cost of Living Alliwance (COLA)
  9. Mendapat taraf perjawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  10. Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  11. Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
  12. Kemudahan untuk membuat pinjaman di bank
Susah ke kalau nak dapat kerja kerajaan ni? Kalau dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan ni susah ke nak dapat? Soalan macammana pula? Apa soalan yang biasa di tanya?

Di sini ada beberapa tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan. Berikut adalah antara soalan2 yang biasa di tanya oleh panel temuduga:
  1. Terangkan tentang diri anda
  2. Apakah kelemahan terbesar anda?
  3. Anda sudah bekerja! Mengapa anda memohon jawatan ini?
  4. Apakah sikap positif dan negatif diri anda?
  5. Apakah kelebihan anda berbanding calon lain?
  6. Kenapa anda mahu kerja dengan kerajaan?
  7. Apa pendapat rakan sekerja anda tentang diri anda?
  8. Apakah pencapaian terbesar anda?
  9. Apa alasan anda untuk berhenti ditempat kerja lama?
  10. Apa anda nak buat kalau pekerja bawahan anda malas?

Apakah kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon temuduga?
Berdasarkan pengalaman saya menjadi panel temuduga, 
  1. Calon tidak bersedia untuk ditemuduga
  2. Calon tidak yakin bila bercakap dan menjawab soalan
  3. Calon tidak mengkaji tentang organisasi 
  4. Calon tidak mempunyai pengalaman dan tidak berusaha untuk membaca sesuatu berkaitan dengan bidang tugas menyebabkan panel temuduga tidak berminat untuk bertanyakan soalan yang seterusnya
  5. Calon tidak berusaha untuk meyakinkan panel temuduga dengan kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki
Sudah bersedia untuk menghadapi temuduga kerja kerajaan? Jom dapatkan tips untuk mudah lulus temuduga kerja kerajaan untuk panduan. Semoga panduan ini memberi manfaat. Good Luck!!

tips lulus kerja kerajaan


Sabtu, 24 September 2011

Tips untuk mendapatkan BE Nuffnang


Kalau sebut Nuffnang mesti korang semua dah tau kan..... So hari ni nak bagi tips sikit macammana nak dapatkan BE Nuffnang ni....Jangkamasa nak dapatkan BE ni bergantung pada blog itu sendiri. Blog LEPAK ni dah 4 bulan baru dapat BE dan ada juga yang baru dah dapat. Bergantung pada rezeki masing-masing. Nak spesifik kriteria blog yang macammana dapat BE susah nak agak. Tapi bolehlah kalau nak ikut tips2 kt sini macammana nak dapatkan BE sebagai panduan.

Okaylah....rasanya korang pun dah tau apa itu BE kan...atau dikenali dengan Buffered Earning.
Korang cari sendiri lah yer kempen-kempen dalam Nuffnang ni sebab dalam entri ni nak fokus tips macammana nak dapatkan BE dari Nuffnang.

Tips:

1. Sentiasa kekalkan UV (Unique Visitor) dalam 100-200++ sehari. Kalau lagi banyak lagi baguslah kan. Tapi kan berdasarkan pengalaman saya, ada juga blog saya yang kurang dari 100 UV sehari boleh dapat  BE...saya pun tak tahu percaturan Nuffnang macammana....mungkin juga rezeki....

Macammana nak dapatkan100-200 UV sehari?
i. Sentiasalah update blog..kalau boleh setiap hari.
ii. Gunakan keyword yang power untuk setiap tajuk entri atau dengan kata lain gunakan keyword yang selalu dicari dalam enjin carian.
iii. Apply konsep SEO dalam blog korang. Kalau kena caranya, blog kita akan tersenarai di page pertama enjin carian.
iv. Sentiasa ping setiap entri yang kita dah tulis. Contoh paling mudah ping di Innit.


2. Sentiasa update Survey di Nuffnang. Kalau boleh update setiap bulan menandakan kewujudan kita pada Nuffnang. Blogger Bio pun di galakkan untuk diupdate. Masa update survey dan blogger bio tu tulis lah sebanyak mungkin tentang kelebihan blog kita yang akan membuatkan pengiklan berminat untuk meletakkan iklan kt blog kita. Nak tulis macam karangan pun boleh. Nampak lah kita ni bersungguh kan.

3. Hantar sebanyak mungkin tiket pada Nuffnang. Tanyalah apa2 soalan pun. At least Nuffnang tau blog kita ni wujud.

4. Letakkan semua jenis iklan Nuffnang ditempat yang strategik sepertimana yang disyaratkan oleh Nuffnang (LeaderBoard, Skycraper, Large Rectangle).

5.  Mengekalkan Status "Glitteratti" atau dengan kata lain tak boleh letak iklan lain yang jadi pesaing Nuffnang sebab status tu akan hilang nanti dan confirm takkan dapat BE.

Okaylah. Setakat ni sahaja tips yang boleh saya share dengan korang sebab ini adalah antara tips yang saya amalkan. Sama ada berkesan atau tidak untuk mendapatkan BE dari Nuffnang saya pun tak boleh nak pastikan tapi setakat ni alhamdulillah, untuk tahun 2011 jer saya dah dapat 7 BE dari Nuffnang. 

Tapi yang penting jangan terlalu mengejar BE sebaliknya sentiasa ikhlas berbloging....:) dan blogging untuk kepuasan.



Khamis, 4 Ogos 2011

6 Cara Tingkatkan Page View

Page View ialah jumlah halaman @ page dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka oleh pengunjung blog. Ada beberapa cara untuk kita tingkatkan page view dan saya nak share beberapa tips atau cara untuk kita sama2 tingkatkan page view.

1. Letak Related Post
Post2 yang terpilih ialah post-post yang sama labels so bila kita letak related post ni secara tak langsung page view kita akan tinggi. Contohnya kalau visitor blog buka entri tentang tutorial, di related post akan disenaraikan entri2 lain yang berkaitan dengan entri dibaca tadi. Visitor blog tak perlu susah payah untuk cari entri lain yang berkaitan.


2. Letak Linkwithin
Linkwithin lebih kurang sama dengan related post cuma post yang dipaparkan adalah secara random yang relate dengan post tetapi masih boleh meningkatkan page view sebab gambar yang terpapar akan menarik minat visitor blog untuk klik dan baca entri tersebut.


3. Gunakan Read More dalam entri dalam blog
Adalah digalakkan untuk pasang read more dalam blog supaya dapat melajukan page blog kita dan secara tak langsung meningkatkan page view. Di samping itu dengan memasang read more akan membuatkan visitor blog yang datang akan klik pada entri yang kita tulis tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan enti. Kalau entri korang tu menarik mesti visitor akan klik.

4. Tidak letakkan terlalu banyak enttri dalam main page blog
Seboleh2nya, elakkan letak terlalu banyak entri dalam main page blog sebab akan melambatkan / memberatkan blog. Bila blog kita lambat dan berat, visitor mesti akan tinggalkan blog kita dan secara tak langsung mengurangkan page view. Kalau boleh just letak dalam 1 ke 2 entri sahaja di main page blog dan akan menyebabkan visitor klik pada entri yang lama untuk membaca entri yang lain. Jangan letak terlalu banyak. 

5. Letak Popular Post
Popular post juga dapat menarik minat visitor blog untuk klik pada mana-mana popular post dalam blog. Biasanya popular post diletakkan di side bar blog.


6. Letak link entri yang lama dalam entri
Biasakan dengan meletakkan link bagi entri lama ke dalam entri yang baru kita tulis. Contohnya korang buat satu entri tentang SEO, so cuba kaitkan entri tersebut dengan entri lama yang pernah korang tulis sebelum ini dengan meletakkan link tersebut. Secara tidak langsung, visitor akan klik pada link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan link tersebut.

Okaylah.....setakat ini sahaja untuk saya share. Sekiranya korang ada tips atau cara lain, bolehlah share juga yer......

Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini



Isnin, 20 Jun 2011

Tips elak blog digodam




Pada minggu lepas kita dikejutkan dengan insiden laman web .gov.my yang telah digodam. Tak cukup dengan itu ada juga berita yang mengatakan blog-blog juga telah digodam! Berita ini saya baca daripada blog saudara Faisal (2dayblogger). Antara blog yang dah digodam adalah


Okaylah......bagi mengelakkan dari serangan hackers ni mungkin kita boleh buat langkah pencegahan walaupun tak 100% berkesan tapi at least kita dah cegah awal2 kan....mencegah lebih baik dari mengubati.

Bagi blogger yang gunakan blogger.com sebagai platform blog macam saya ni.....bolehlah guna cara2 berikut:

Tukar password

Pastikan korang tukar password yang agak mudah untuk di hack. Password yang kuat adalah yang mempunyai lebih dari 8 huruf, ada uppercase dan lowercase, gabungan nombor dan huruf dan elakkan daripada menggunakan no ic, no kereta, tarikh lahir dan lain2 pengenalan diri. Pastikan juga password korang tu tak sama dengan password akaun bank, facebook dan sebagainya.

Backup blog


Buat full backup untuk entri blog korang dan backup template korang. Sebaik2nya buatlah backup tu seminggu sekali...kalau rajin tu buatlah setiap hari. Then simpan dalam satu folder dalam pc korang supaya senang nak cari nanti. Tutorial lengkap sila rujuk entri saya sebelum ini Tutorial: Cara backup post blog. Sekurang-kurangnya kita memang dah ada backup kalau terjadi sesuatu pada blog kita kan...tapi kalau boleh tak nak lah kan....huhuh....


Bagi korang yang gunakan wordpress sebagai platform boleh rujuk blog saudara Faisal sebagai rujukan dan tutorial ok....

Setakat ini sahaja.. selamat berblog dengan ceria....