Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2016

Selangor umum bonus raya 1.5 bulan



Berikut adalah tiga (3) berita baik bagi penjawat awam di Selangor sempena himpunan bulannan kakitangan awam di SUK:

Selaras dengan tema "Membangun Smart Selangor yang Peduli" Menteri Besar Selangor Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali telah mengumumkan

  1. Bonus bulanan Hari Raya sebanyak 1.5 bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai 2016.
  2. Kenaikan gaji sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan kenaikan pertama pada Julai 2016.
  3. Kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan.


Kredit: FB Azmin Ali

p/s: Berjimat-jimat masa raya ni. :)


Isnin, 24 Oktober 2011

Perkelahan di Sungai Tekala

Kalau korang tak tahu nak pergi mana hujung minggu, apa kata pergi seisi keluarga atau dengan kawan-kawan di Sungai Tekala. Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor.


Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta.

Sungai Tekala terkenal dengan  air terjun yang bersih yang terletak di dalam jagaan hutan. Terdapat juga beratus tumbuhan yang dilabel untuk pengunjung untuk belajar meneroka alam semulajadi.

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Trek jalan pula dibina dengan kemas untuk memudahkan pengunjung meneroka hutan dan terdapat juga beberapa buah pondok di sepanjang trek untuk pengunjung berehat bersama-sama keluarga.

Kemudahan awam seperti tandas juga disediakan bagi kemudahan. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.

Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor


Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang yang menternak burung unta ini bukan sahaja tertumpu pada burung unta tetapi juga beberapa jenis burung yang lain iaitu ayam dan burung merak.


Pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan burung unta yang berlainan umur dan saiz yang diasingkan di dalam kandang yang berbeza. Pengunjung juga boleh memberi makanan kepada burung unta ini dan juga menunggang bagi sesiap yang berani.


Kalau ada antara pengunjung yang nak bawa cenderahati sebagai ole-ole boleh dapatkan telur burung unta yang telah ditetas dan dihiaskan dengan pelbagai corak dengan harga yang berpatutan. Harga tiket untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM5.


Selasa, 28 Jun 2011

WorldWide Holdings Selangor Masters 2011 - Kejohanan Golf

WorldWide Holdings akan menganjurkan WorldWide Holdings Selangor Masters 2011 pada 20-23 Julai 2011.

Untuk keterangan lanjut sila klik di sini.




Isnin, 20 Jun 2011

Bazar Kraf Negeri Selangor 2011




BAZAR KRAF NEGERI SELANGOR
Tarikh : 25 & 26 Jun 2011
Masa : 10 pagi - 6 petang
Tempat : Pasaraya GM Bukit Tinggi, Klang

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sebarang pertanyaan sila klik di sini







Ahad, 12 Jun 2011

Pendakian ke Bukit Broga



Pendakian kali ni ialah ke Bukit Broga, Semenyih Selangor. Bagi pendaki, Bukit Broga ni mungkin dah tak asing lagi lah kan. Kalau nak bersantai2 dengan family bawak anak2 bolehlah ke Bukit Broga ni. Sesuai untuk seisi keluarga mengisi masa lapang.

Semasa pendakian saya 2 minggu lepas, ramai betul yang datang mendaki dengan family masing-masing. Student pon ramai.

Sepanjang perjalanan, korang boleh tengok pemandangan pokok-pokok yang tumbuh disekitarnya dan trek yang agak mencabar jugak sebab ada dalam satu-satu masa pendaki kena berenti untuk beri laluan kepada pendaki lain sebab trek yang kecil.

Apa yag best tu, sebelum nak start pendakian tu ada beberapa gerai dibuka jual air dan sebagainya. 


Info berkaitan Bukit Broga, Semenyih

- Bukit Broga setinggi 380 meter
- Pendakian mengambil masa kira-kira 30 minit ke 1 jam
- Dicadangkan bermula selepas subuh sekitar 6.00 am dan jika cuaca baik anda berpeluang melihat matahari terbit (sunrise) bila tiba di atas.
-  Antara cabaran ke Bukit Broga ini ialah trek tanpa akar pokok, agak licin dan berdebu ketika kering.
- Ladang kelapa sawit dijadikan sebagai tempat parking (bayar RM2).
- Pengangkutan paling mudah naik kenderaan sendiri, dari KL ke Semenyih ambil masa kira-kira 1 jam setengah.
- Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih.

Jom kita tengok gambar2 yang sempat di ambil  semasa pendakian.



Antara gerai yang dibuka sebelum pendaki meneruskan pendakian