Memaparkan catatan dengan label Pembubaran parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembubaran parlimen. Papar semua catatan

Jumaat, 6 April 2018

Pembubaran Parlimen 2018 Berkuatkuasa 7 April 2018



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada sidang akhbar khas pada 6 April 2018 (Jumaat) bagi pembubaran parlimen berkuatkuasa pada 7 April 2018 (Sabtu) bagi membolehkan Pilihanraya Umum 14 (PRU14).

Sejurus selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu secara langsung menerusi siaran televisyen sebentar tadi selepas mengadap Sultan Muhammad ke-V di Istana  Negara pagi tadi.


Berikut adalah rakaman pembubaran parlimen oleh Datuk Seri Najib Tun Razak






Khamis, 4 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013



Rasanya berita hangat hari ni tak lain tak bukan adalah tentang pembubaran parlimen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi. Berita ni memang amat dinantikan dan menandakan bermulalah perang kempen, perang poster dan sebagainya. Pembubaran parlimen bermakna tak lama lagi akan berlangsungnya Pilihanraya ke 13 (PRU 13) yang masih belum lagi dapat dipastikan lagi bilakah tarikhnya walaupun dah ada desas desus tentang tarikh PRU-13 ini.

Sebagai rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kita menentukan masa depan kita dengan memilih kerajaan yang betul2 boleh membela nasib kita dan anak2 kita kelak. Tunaikanlah tanggungjawab semua dengan keluar mengundi dan kalau boleh janganlah sabotaj undi masing2. Satu undi itu bakal menentukan kemenangan atau kekalahan kerajaan yang dipilih.

Jom kita tengok video pengumuman pembubaran parlimen pagi tadi.


p/s : Selamat mengundi :)