Memaparkan catatan dengan label Gegar Vaganza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gegar Vaganza. Papar semua catatan

Selasa, 10 Oktober 2017

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 4 (GV4)


Bagi peminat rancangan Gegar Vaganza mesti tak sabar nak menyaksikan rancangan ni kan? Kalau musim-musim sebelum ni memang malam hujung minggu tu melekat la depan TV dengan family sebab nak tengok GV ni. Suka sangat tengok GV ni sebab artis yang bertanding tu artis yang dikira lama juga dah lama tak menyanyi dan lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu yang mengingatkan kita pada zaman kanak-kanak dulu. Kiranya membesar dengan lagu-lagu ni lah. Senarai peserta Gegar Vaganza Musim 4 (GV4) dah pun keluar tadi. Jeng..jeng...siapa yer peserta GV4 kali ni? 

Seramai 12 peserta GV4 yang terdiri daripada 6 peserta perempuan dan 6 peserta lelaki.
 
Peserta perempuan yang akan bertanding adalah pengacara dan pelakon popular, Raja Azura atau Kak Engku  bersama lima lagi peserta wanita iaitu Liza Hanim, Syura, Haida, Aisyah dan Elyana. 

Enam peserta lelaki pula membariskan penyanyi iaitu Aqasha, Tia (Jinbara), Hazami, Ferhad dan Razlan (Kristal) termasuk seorang artis daripada Indonesia iaitu Firman.

GV4 akan bermula pada 29 Oktober secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung juga menerusi Astro Ria (104) dan RIa HD (123).

Masih mengekalkan pengacara Jihan Muse dan Nabil. Memang kecoh lagi la pentas GV4 ni dengan celoteh 2 pengacara ni. Datuk Ramli MS masih kekal sebagai juri tetap.

Bagi yang dah terlupa, pemenang Gegar Vaganza musim pertama adalah Ayai (Ilusi), musim kedua Siti Nordiana dan musim ketiga adalah Azharina. Gegar Vaganza musim 4 (GV4) milik siapa pula? Jangan lupa saksikan setiap minggu bermula 29 Oktober 2017 ini. :)

Kredit : mstaronline


Sabtu, 21 November 2015

Live Streaming : Gegar Vaganza 2015 Musim 2


Nampaknya rancangan Gegar Vaganza 2015 Musim 2 semakin mendapat perhatian umum. Saban minggu ramai yang menonton rancangan ini. Rancangan ini menemui penonton mulai 18 Oktober 2015 pada setiap hari Ahad menerusi saluran Astro Ria (104) dan saluran Astro Ria HD. Jom tgk Gegar Vaganza di sini, Jom Lepak.