Mesti korang selalu guna emotikon kt atas ni kan.......saper tak tau, tak tau ler.......sebab kita selalu gunakan dalam chatting dan sebagainya.......tapi tahukah korang asal usul macammana terhasilnya emotikon ni?
Ni nak bagitau......info ni dapat dari majalah pc....amat berguna info ni.....
Individu pertama yang menggunakan emotikon :-) dan :-( adalah Scott Fahlman, Pensyarah Penyelidik di Carnegie Mellon University. Scoot ni mencadangkan :-) dan :-( digunakan untuk menandakan ekspresi terhadap perbualan atau jenaka yang dikongsikan di kalangan staff, pelajar dan ahli fakulti pada papan utama mereka.
Walaubagaimanapun, usul pada 19 September 1982 itu telahpun tersebar dengan meluas dalam beberapa bulan dikalangan pengguna makmal penyelidikan dan universiti dan sedar atau tidak kita pun dah menggunakannya dalam kehidupan seharian kita contohnya masa guna sms dan berchatting.
Kalau tengokkan tarikh kt atas tu, maknanya Smiley ni dah berusia 29 tahun!!.....
Salam semua.......kt luar tengah hujan lebat giler.....dah panas satu hari pastu hujan selebat2nya......huhuhu...sejuknya.....besttt.....okaylah..sambil melayan hujan yg lebat kt luar ni...just nak share satu teknologi dengan korang...
Kalau ada saper2 yang dah tau tu senyap2 yekkk....ni yg tak tau lagi macam sy yg baru tau nihh......
Pernah dengar tak stickey notes? Alah kertas nota kecil yg warna warni tu. Biasanya kita gunakan untuk buat reminder tentang sesuatu perkara contohnya meeting ker....kerja-kerja urgent dan sebagainyalah. Biasanya kita tampal kt tepi monitor pc kita supaya senang nak ingat. Kdg2 tu tampal kt dinding dan di atas meja.Senang citer macam2 cara2 kita guna utk tampal sticky notes ni.
Sekarang, korang boleh gunakan / letak Sticky Notes ni dalam pc korang. Letak kt desktop...Nak tau caranya?....First korang kena download dulu lah software dia kan....kalau tak cammana nak guna kan.
Dah selesai download tu korang ikut jer step2 yag diberikan macammana nak guna. Korang boleh settkan notes korang tu priority dia, set background, set alarm dan macam2 lagilah....korang kena godek2 sikit..semuanya diterangkan dalam tutorial dia..mudah jer tau.......
Apa itu Facebomb? Facebomb adalah satu aplikasi yang membolehkan kita untuk edit dan cantikkan gambar terutamanya bagi mengedit gambar untuk diletakkan di profil Facebook mengikut kriteria yang kita nak seperti nak letak bunga2 ke kat gambar, frame atau sebaginya lah. Sebab tu lah kalau kita tengok interface aplikasi ni lebih kurang Facebook. Tapi kalau korang tak nak edit untuk profil facebook pun tak apa. Aplikasi ni juga boleh digunakan untuk edit gambar bagi keperluan lain.
Upload gambar dan pilih nak gambar yang macammana (Pilihan di sebelah kiri gambar)
GEORGETOWN: Lima tahun lagi, pengguna Internet berkemungkinan berdepan dengan masalah untuk melayari laman web sedia ada sekiranya mereka tidak mengubah alamat peralihan penggunaan Protokol Internet (IP) daripada versi keempat (IPv4) kepada versi keenam (IPv6).
Pengarah Bahagian Industri dan Rangkaian Komuniti Pusat Kecemerlangan IPv6 Termaju Kebangsaan (NAv6), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr R Sureswaran, berkata penggunaan IPv6 adalah untuk memudahkan capaian masuk ke semua laman web kerana ia mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 yang hanya memiliki 32 bit.
Katanya, penukaran IPv4 kepada IPv6 sangat penting berikutan penggunaan alamat IPv4 dijangka tidak lagi mampu menampung pertambahan pengguna Internet pada masa akan datang.
"Jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dijangka meningkat dan dikhuatiri IPv4 yang menampung kira-kira 4.3 bilion alamat IP ketika ini tidak dapat menampung jumlah pelanggan dan laman web yang semakin meningkat," katanya di sini, hari ini.
IP adalah protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-dua alat komunikasi itu.
"IPv6 mampu mengembangkan ruang alamat yang lebih luas serta lebih pantas disamping dapat meningkatkan jumlah IP yang sedia ada," katanya.
Sureswaran berkata, pengguna tempatan perlu segera menukar alamat IP dari IPv4 kepada IPv6 supaya tidak ketinggalan daripada segi teknologi serta untuk memudahkan capaian ke atas laman web tertentu termasuk laman sosial seperti Facebook, Youtube atau Google disebabkan laman web tersebut sedang dalam proses peralihan kepada IPV6 pada masa akan datang.
"Sekiranya seluruh dunia sudah bertukar kepada IPv6 kemungkinan kita akan menghadapi kesukaran untuk melayari laman web tertentu jika masih menggunakan alamat protokol IPv4," katanya.
Beliau berkata, NAv6 akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih tenaga pakar dalam IPv6 kepada negara membangun seperti Thailand, Bangladesh, Laos, Sudan,Vietnam termasuk Singapura dan China dalam mengembangkan penggunaan IPv6 ITU di seluruh dunia.
NAv6 sedang melatih lapan wakil yang dihantar kerajaan Sudan untuk mempelajari dan meningkatkan kepakaran dalam IPv6 selama dua minggu di USM. - BERNAMA